Tuesday 10 August 2010

SALAM DARIPADA IWAN DANGDUT UNTUK SEMUA.....


KALI NI PESANAN BUKAN DARIPADA dJ IWAN....tapi dT IWAN (iwan dangdut)
semoga Iwan Dangdut juga dilindungi dalam HIDAYAH-NYA setelah mendapat hidayah ILLAHI telah bersama jemaah KELUAR 40HARI di sekitar HULU LANGAT baru2 ini....ALHAMDULILLAH.....terpilih juga saudara ku untuk MENYAMBUNG TUGAS NABI S.A.W sebagai satu PERINTAH ALLAH SWT......

VIDEOKLIP ISTIMEWA BUAT SEMUA DARIPADA dJ IRWAN SYAH SALAM RAMADHAN....


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA YANG MELAYARI
www.djirwansyah.blogspot.com
semoga kita semua sentiasa dalam RAHMAT ALLAH SWT
HAYATILAH RAMADHAN INI DENGAN PENUH KETAQWAAN

SALAM & UCAPAN ISTIMEWA daripada
dJ Irwan Syah
"walaupun kadang-kadang cara penyampaian saya menyentuh & menyinggung perasaan anda semua, namun fahamilah bahawa...saya sayangkan semua....saya ini jahil, jadi cara penyampaian saya agak kurang tidak sehebat NABI S.A.W & PARA ULAMA'.....yang penting apa yang saya cuba sampaikan akan menjadi manfaat untuk kita bersama....salam kemaafan sebelum kita semua menghembus nafas yang terakhir...."

Friday 6 August 2010

SETIAP KITA YG HIDUP PASTI AKAN BERTEMU DENGAN KEMATIAN...SETIAP MALAM NISFU SYAABAN NAMA2 KITA ALLAH SWT AKAN SERAHKAN KEPADA MALAIKAT MAUT....








Rabu, 2010 Julai 21
GEMPAQ MAYAT TIDAK REPUT
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Jika kita membaca Alquran dan Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang
berita-berita atau targhib tentang kemulian orang-orang beriman yang berjihad
di jalan Allah swt dengan diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau
syahid di Jalan Allah swt. Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan
oleh Allah swt, di Padang Mahsyar nanti merekaakan bangun didepan Allah swt
dalam keadaan sebagaimana mereka syahid didunia, ada yang terpotong telinga,
hidung, tangan , kaki dan ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai
keadaan. Mereka ini akan bangun didepan Allah dalam keadaan luka mereka baharu
sahaja berlaku, darah masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada
orang menggali tanah untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu
dibawahnya ada kubur Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja
mereka lihat mayat tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun
dah lebih seribu tahun berlalu, Allahuakbar.
Inilah kesah yangingin aku paparkan untuk renungan kita bersama.
Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini adalah kesah
benar yang berlaku pada Jun 2010 yang lepas.
Sekarang pihak Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari
Utara ke Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana
apabila ia beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari
Alor setar ke Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan
keretapi baru ini banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan
dibayar pampas an yang berpatutan oleh kerajaan yang dipersetujui oleh mereka.
Sistem landasan keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila
landasan yang dibina ini melalui sungai, ia akan bina jambatan, bila melalui
tasek ia akan bina jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak
akan melencong tetapi ia akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong,
pendek kata apa sahaja yang ia jumpa dihadapannya ia tak akan melencong
sebaliknya benda dihadapan itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga
apa sahaja halangan datang jangan elak diri tapi terus maju macam k/api).
Perkara yang sama juga berlaku apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan
surau dan kubur. Kubur ini akan diubah ketempat yang baharu. Untuk mengubah
kubur ini mesti mendapat persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak
Polis. Tarikh pemindahan kubur ini telah ditetapkan, arahan mufti , untuk
setiap kubur hanya seorang atau dua orang waris sahaja dibenarkanuntuk
mengangkat atau melihat jenazah yang akan diubah. Seluruh kawasan di kelilingi
dengan tali dan dikawal oleh anggota polis, sesiapa tidak dibenarkan masuk
kecuali orang yang berkenaan. Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan
beberapa pegawai agama lain serta Pegawai Polis.
Tersebut kesah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga termasuksenarai yang
dipandahkan. Suaminya meninggal dunia3 tahun lepas akibat sakit barah hati. Dia
tidak mempunyai waris yang dekat, dia telah memohon kepada mufti, warisnya
diganti dengan sahabat baik arwah suaminya, tetapi tidak dibenarkan oleh mufti.
Wanita ini merayu lagi katanya sahabat arwah suaminya ini memang baik dengan
arwah semasa dia sehat, sakit dan bila meninggal dunia dialah juga yang
mengurus jenazah arwah suaminya, mendengar ini mufti membenarkannya. Kedua-dua
mereka, arwah dan sahabatnya merupakan kawan baik aku juga.
Beginilah ceritanya, satelah kubur dikorek alangkah terkejutnya sahabat aku ini
bila dilihat kain kafan yang menutup arwah masih elok tidak reput walaupun
sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazah, tuan mufti
mengarahkan supaya sehelai kain baharu dibalut lagi dan melarang supaya jangan
dibuka wajahnya (ikut syariat) .Satelah siap dibalut dan bila sahaja sahabat
aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya dia,
dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya punggung,
masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih badan biasa,
sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja.Sahabat aku masa itu
merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat keadaan
suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh terduduk.
Selepas selesai kerja pemindahan tuan mufti bertanya kepada sahabat aku,
siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah ahli
syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir
mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum.Selepas peristiwa ini
sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat
peristiwa tersebut. Berbalik kepada kesah wanita ini, sahabat aku bertanya
mengapa ia menangis, katanya
“ kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa sebab dahulu semasa arwah
masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan menghalang dia daripada keluar
ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga walaupun kakak marah”
Arwah dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan kerajaan, Arwah ini
dijabatan/pejabatnya memanglah seorang yang dikenali disemua peringkat, dari
ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua mengenalinya. Dia peramah
suka ketawa dan senyum dan menyapakepada semua orang, tapi masa itu arwah
tidakamal agama, tidak kenal solat, puasa dan perintah lain, yang dia kenal dan
diamalnyahanya larangan Allah sahaja. Sikapnya mula berubah apabila dia telah
mula ikut dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali, dia telah mula mendekati
dirinya pada Allah dan bertaubat Nasuha, semua perangai lamanya telah dibuang
terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah belajar dan
beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut sunnah nabi saw.
Dia yakin inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah kehidupan seseorang
kepada satu kehidupan beragama yang direzai oleh Allah swt. kemudian dia ambil
cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari, walaupun isterinya marah dan
tidak berapa suka dia keluar dakwah, kemudian selepas beberapa tahun tahun
berikutnya dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan diluluskan cutinya
untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh. Satelah pulang dari
khuruj 4 bulan, arwah telah menerima surat pemberhentian kerja oleh jabatannya,
dengan satu alasan yang tidak munasabah, tetapi arwah reza dan pasrah dengan
takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang untuk bela
diri. Jadi arwah pasrah dan untuk mencari rezeki memelihara anak dan isterinya,
arwah telah memulakan perniagaan kecilan berniaga air mainuman dan jual kueh
muih ditepi taman rumahnya. Tetapi usaha dakwah tidak ditinggalkanya terus
aktif membuat usaha di kampongnya setiap hari bersama sahabat baiknya tadi.

Monday 2 August 2010

02/08.....setiap tahun ..... tarikh gementar & debar


ALHAMDULILLAH.....TAHUN INI 02/08 DATANG KEMBALI TARIKH ULANGTAHUN KELAHIRAN dJ IRWANSYAH & PUTERI "NUR IMAN" YG KE-4......

SETIAP MENJELANG TARIKH 02/08 DEBAR HATI TERASA APABILA MENGENANGKAN KANDUNGAN AL-QURAN & HADIS YG MENERANGKAN BAHAWA SETIAP SAAT KITA SEMUA SEDANG BERHADAPAN DENGAN KEMATIAN. NAMUN KERANA DEK LEKA DENGAN BAHANA DUNIA YG TIPUDAYA, KITA HARI2 PENING DENGAN MASALAH DUNIA PADAHAL SEMAKIN DEKAT KITA SEMUA KE ALAM QUBUR.....MASALAH QUBUR ADALAH MASALAH YG SEMUA ORANG AKAN HADAPI, TIADA SIAPA YG BISA LARI DARI BERTEMU DENGAN-NYA.....UNTUK MENJAWAB SEGALA KEDEGILAN @ KETA'ATAN KITA SEPANJANG HIDUP DI MUKA BUMI INI.

OLEH YG DEMIKIAN, MARILAH KITA SAMA-SAMA RENUNGKAN NASIB MASING SEANDAINYA "WAKTU INI" DATANG MALAIKAT MAUT MENJENGAH KITA UNTUK DIBAWA PULANG KE ALAM QUBUR UNTUK BERGELAR AHLI QUBUR, BAGAIMANA DENGAN PERSIAPAN KITA?
ADAKAH CUKUP HANYA DENGAN MENDENGAR "CERAMAH" YANG MENGUPAS KEBURUKAN INSAN2 LAIN...DARI MENDENGAR KEBURUKAN DIRI KITA SENDIRI....SUDAH CUKUPKAH KITA MENASIHATI SEMUA MANUSIA SBG TUNTUTAN DR ILLAHI KRN KITA LAHIR SBG UMAT MUHAMMAD TAK TERLEPAS DARI "AMR-BIL MA'RUF & NAHI ANIL MUNGKAR"......

*tahun ini ALLAH SWT uji ulangtahun dJ irwansyah dengan dapat khemah baru untuk menjalankan perniagaan AS SAUDA & MINYAK KASTURI.....datanglah jenguk2 ke khemah saya MASJID KE MASJID @ SURAU KE SURAU nanti.....INSYA-ALLAH....