Monday 2 March 2009

PANDUAN MUSLIMAT MUKMIN YANG TAQWA (bah 01)







DIPETIK DARI HADIS BAGINDA S.A.W YANG TELAH DIJELAS KEPADA ANAK BAGINDA S.A.W (SITI FATIMAH R.ANHA) :

1) seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2) seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

3) 2 rakaat solat daripada wanita yang hamil, lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.

4) wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya, akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

5) apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik, akan mendapat pahala jihad.

6) seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7) isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan kasih sayang, ALLAH SWT akan memandang dengan penuh rahmat.

8) wanita yang menyebabkan suaminya keluar di JALAN ALLAH SWT(BERDAKWAH) dan kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syurga 500tahun lebih awal daripada suaminya dan akan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari syurga. wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuat daripada permata YAQUT.

"(kecantikan bidadari syurga adalah 70,000x lebih cantik daripada kecantikan wanita yang paling cantik di dunia, manakala kecantikan isteri solehah di dalam syurga adalah 70,000x lebih cantik daripada bidadari syurga...MASYA-ALLAH....wanita di dunia dihiasi dengan bau mulutnya, bau najisnya, bau peluhnya...manakala bidadari syurga jika setitik air liurnya yang manis jatuh ke lautan dunia, seluruh air laut akan menjadi manis...SUBHAANALLAH....)"

9) wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anak-anaknya, ALLAH SWT akan memberi pahala 12tahun pahala ibadat.

10) wanita yang menguli tepung dengan bacaan BISMILLAH, ALLAH SWT akan memberkati rezekinya.

11) wanita yang menyapu lantai rumahnya dengan BERZIKIR, dapat pahala seperti menyapu lantai BAITULLAH.

12) wanita yang menjaga SOLATnya DI AWAL WAKTU, puasa dan taat pada suami, ALLAH SWT mengizinkan dia memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.

13) wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, ALLAH SWT akan beri satu pahala haji.

14) sekiranya wanita yang bersalin itu meninggal dunia dalam masa 40hari selepas melahirkan, ia dikira mati SYAHID.

15) apabila seorang wanita menyusui anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia akan mendapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

16) kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun, maka malaikat di langit akan datang bawa khabar gembira "bahawa syurga wajib bagi kamu"

17) kalau isteri melayan suami tanpa khianat akan dapat pahala 12 tahun solat.

18) wanita yang picit suami tanpa disuruh akan dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

19) wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

20) seorang wanita solehah, lebih baik daripada 70orang lelaki yang soleh.

21) jika suami mengajar isteri satu masalah agama, dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

22) SEMUA ORANG AKAN DIPANGGIL UNTUK MELIHAT WAJAH ALLAH SWT DI AKHIRAT, AKAN TETAPI ALLAH SWT AKAN DATANG SENDIRI KEPADA WANITA YANG MEMBERATI AURATNYA DENGAN MEMAKAI HIJAB/JILBAB/PURDAH SEMASA HIDUP DI DUNIA. MEREKA AKAN MENGIKUT SITI FATIMAH MELINTASI TITIAN SIRAT SEPANTAS KILAT KRN SEMASA DI DUNIA MEREKA TELAH MENAHAN KEPANANAS SEMATA-MATA KRN SIFAT TAQWA KPD ALLAH SWT.

23) seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, ALLAH SWT beri kepadanya setengah pahala jihad.

24) ALLAH SWT akan memberkati rezeki kepada wanita yang memasak dengan zikir BISMILLAH @ LAISALAHA MINDUNILLAAHIKASHIFA (sambil mengacau lauk mengikut arah lawan jam).

25) ALLAH SWT melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
26) kepada wanita yang tidak menutup aurat, ALLAH SWT berfirman "HIDUPLAH DENGAN APA YANG KAU SUKA".
27) dua orang yang bersolat, tapi doanya tidak naik melebihi kepalanya (tidak makbul) ialah : SEORANG HAMBA YANG TIDAK PATUH KEPADA TUANNYA & SEORANG ISTERI YANG TIDAK TAAT PADA SUAMINYA.
28) seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan BERZIKIR, seolah-olah dia membersihkan KAABAH.
29) ganjaran bagi wanita yang hamil / mengandung - di siang hari seolah dia berpuasa dan di malam hari seolah dia beribadat.
30) selepas seorang wanita melahirkan anak, ALLAH SWT sediakan pahala 70tahun sembahyang & puasa. setiap kesakitan ketika melahirkan anak itu, ALLAH SWT memberi pahala HAJI MABRUR.
31) NABI S.A.W bersabda, mafhumnya : " SEORANG WANITA YANG REDHA MENGANDUNG BAYI HASIL PERHUBUNGAN DENGAN SUAMINYA YANG SAH, SUAMINYA PULA REDHA KEPADANYA, MAKA ALLAH SWT AKAN MEMBERI GANJARAN PAHALA SEPERTI MANA PAHALA PUASA FISABILILLAH. BILA DIA MERASA SAKIT KETIKA MELAHIRKAN ANAK, MAKA ALLAH SWT TAMBAH LAGI PAHALA YANG TIDAK TERKIRA OLEH MANUSIA OLEH KERANA TERLALU BANYAKNYA. BILA MELAHIRKAN ANAK, DIA MENYUSUKAN DENGAN SUSUNYA SENDIRI, MAKA SETIAP SETEGUK SUSUNYA, ALLAH SWT BERIKAN SATU KEBAJIKAN. BILA DIA SEMALAMAN TIDAK TIDUR KERANA MENGAWASI (MENJAGA) ANAKNYA YANG SEKEJAP-SEKEJAP MENANGIS, SAKIT DAN SEBAGAINYA, MAKA ALLAH SWT BERI PAHALA SEPERTI MEMERDEKAN 70 ORANG HAMBA DALAM FISABILILLAH DENGAN IKHLAS.
(HADIS RIWAYAT TABARANI & IBNU SAKIR)
32) mengenai layanan terhadap suami, RASULULLAH S.A.W bersabda mafhumnya : " MANA-MANA WANITA YANG MELAYAN SUAMINYA, MENYIKAT JANGGUT SUAMINYA, MENGERATKAN MISAI SUAMINYA, MEMOTONG KUKUNYA, MAKA DI AKHIRAT DIA AKAN DIBERI MINUM OLEH ALLAH SWT DARIPADA AIR SYURGA DAN DIA DIRINGAN SIKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT (KETIKA HENDAK MATI), DALAM KUBUR DIA PEROLEHI TAMAN-TAMAN SEPERTI TAMAN SYURGA DAN NAMANYA DICATAT SEBAGAI ORANG YANG TERLEPAS DARIPADA SIKSAAN NERAKA DAN SELAMAT MELINTAS TITIAN SIRAT TANPA MENEMPUH KESUSAHAN."

No comments: