Monday 13 April 2009

KOMEN SAYA BUAT MEREKA YANG BERTANYA TENTANG "TABLIGH"....




APA ITU TABLIGH?

*SIDDIQ
*AMANAH
*TABLIGH
*FATONAH

Adakah anda pernah mendengar @ membaca sifat2 di atas?

Jika ada, tahukah anda itu sifat siapa?

Ya....keempat-empat sifat di atas adalah sifat PARA RASUL A.S.

dan juga

sifat insan yang paling unggul & mulia di sisi ROBBAL 'ALAMIN
iaitu

NABI MUHAMMAD S.A.W
yang merupakan
KHATAMUL NABIYYIN
(penutup segala NABI).

Maka dengan ini, marilah kita renungkan sejenak kisah sejarah mula-mula
NABI S.A.W
telah diutuskan sebagai RASUL
dan bagaimana pula perjalanan BAGINDA S.A.W
dalam usaha menyebarkan
KALIMAH LAAILAAHAILLALLAH.

Siapakah pengikut2 BAGINDA S.A.W pada peringkat awalnya?
Ketika mula melangkah menjadi RASUL,
BAGINDA S.A.W telah berjumpa dengan seluruh penduduk MAKKAH ketika itu...
dan...pada permulaannya

kehidupan manusia di MAKKAH ketika itu amat teruk sekali sehingga

ALLAH SWT menggelarkan mereka JAHILLIAH
(tiada zaman yang paling teruk sebelum dan selepas)
sehinggakan kerajaan ROME & PARSI teringin membina tembok & pagar
agar kejahilan mereka tidak menyusur dan tersebar yang boleh merosakkan
tamadun ROME & PARSI ketika itu...

Namun begitu....ALLAH SWT amat kasih & sayang kepada hamba-hambaNYA
dan ingin menunjukkan kepada kita sebagai umat akhir zaman,
bagaimanakah cara untuk mentarbiyah manusia sehingga kejahilan dapat
"DIISLAHKAN" dengan cara yang

ALLAH SWT & RASUL S.A.W laksanakan,
maka setelah 23tahun usaha dibuat,
manusia yang pernah digelar JAHILLIAH
bertukar kepada

gelaran RADHIALLAHU ANHUM.....


Apa yang NABI S.A.W telah buat?
Adakah NABI S.A.W membangunkan ekonomi MAKKAH ketika itu?
Adakah NABI S.A.W menubuhkan parti politik ISLAM ketika itu?
Adakah NABI S.A.W mengajak manusia kepada FUTSAL ketika itu?
Adakah NABI S.A.W menerbitkan rancangan radio dan menjemput ustaz2 dari universiti terkemuka ketika itu?
Adakah NABI S.A.W menjatuhkan hukuman kepada manusia ketika itu?

Semua jawapan di atas salah sama sekali.
Apa yang NABI S.A.W lakukan adalah menjalankan satu usaha
yang dipanggil

USAHA ATAS IMAN
dengan membawa SIFAT TABLIGH iaitu sebagai seorang "PENYERU"
dan menyeru manusia hanya MENG-ESAkan ALLAH SWT sebagai
ROBB dan membetulkan IMAN manusia hanya kepada

LAAILAAHAILLALLAH

dan menunjukkan hanya dengan satu cara AMAL hidup iaitu

MUHAMMADURASULULLAH.

Maka setelah usaha demi usaha, pengorbanan demi pengorbanan dan cacian demi cacian,
maka seorang demi seorang manusia yang jahil telah bergelar

SAHABAT R.ANHU

yang bermula dengan HAZRAT ABU BAKAR SIDDIQ,
diikuti dengan ABDUL RAHMAN BIN 'AUF dan seterusnya sehingga

melahirkan

UMAR AL KHATTAB
ALI ABI TALIB
UTHMAN AL AFFAN
ABDULLAH IBNU UMAR
HUZAIFAH
HURAIRAH
HANZALAH
ZAID BIN HARITHAH
SUMAYYAH
KHADIJAH
FATIMAH
ZAINAB
JAFFAR
ABDULLAH RAWAHAH
DLL
dan sejarah menyatakan bilangan para sahabat ketika HAJI WIDAQ DI ARAFAH
jumlah para SAHABAT R.ANHUM seramai 124,000 orang.


Inilah USAHA yang telah NABI S.A.W jalankan selama 10 tahun di MAKKAH & 13 tahun di MADINAH untuk membentuk hati2 manusia hanya kepada

IMAN & AMAL
iaitu
IMAN - LAAILAAHAILLALLAH
(yakin 100% hanya senya ALLAH SWT lah YANG MAHA BERKUASA, PEMBERI MANFAAT & MUDHARAT, MAHA PEMELIHARA, MAHA PEMBERI REZEKI, MAHA HEBAT, MAHA PENGAMPUN......)
&
AMAL - MUHAMMADURASULULLAH
(yakin bahawa hanya senya kehidupan cara NABI S.A.W adalah keredhaan ALLAH SWT iaitu dengan mengamalkan SURAH, SIRAH & SARIRAH NABI S.A.W)
maka mereka dapat membina empayar negara ISLAM sehingga 3/4 dunia.
(BUKAN DENGAN CARA MENUMBANG KERAJAAN YG SEDIA ADA, SEBALIKNYA MEMBAWA KERAJAAN, RAKYAT, SESIAPA SAHAJA AGAR DAPAT MENTA'ATI PERINTAH2 ALLAH SWT DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN ALLAH SWT DAN MENGAMALKAN SEGALA SUNNAH2 BAGINDA S.A.W).


Inilah yang dijalankan oleh USAHA ATAS IMAN
atau yang digelar JEMAAH TABLIGH.
TABLIGH bukan satu pertubuhan & persatuan atau dimiliki oleh mana-mana
individu untuk meraihkan undi atau nama semata-mata.
Tapi USAHA DAKWAH & TABLIGH adalah satu perintah ALLAH SWT
kepada kita sebagai UMAT MUHAMMAD S.A.W agar dapat membentuk
IMAN & AMAL seperti yang ALLAH SWT kehendaki seperti mana
para SAHABAT R.ANHUM yang telah berjaya dunia & akhirat.


ALLAH SWT juga berTABLIGH melalui AZAN

PARA RASUL berTABLIGH melalui perantaraan USAHA DAKWAH

&

kita UMAT ISLAM @ UMAT MUHAMMAD
telah dipertanggungjawabkan untuk
memikul usaha DAKWAH TABLIGH ini sebagai KHALIFAH ALLAH

kerana
diakhir zaman ini, sudah tidak akan ada NABI yang akan turun untuk
mengislahkan manusia yang jauh dari ALLAH SWT.
Maka ini adalah tanggungjawab semua umat ISLAM seluruh dunia sebenarnya
agar dapat menunjukkan akhlak seperti mana yang telah NABI S.A.W tarbiyah
kepada para SAHABAT R.ANHUM dan mereka telah berjaya
menerajui dunia
bukan dengan membentuk negara ISLAM terlebih dahulu,
tapi membetulkan hati2 manusia agar dapat kenal

ALLAH & RASUL

barulah

IMAN & AMAL manusia akan jadi betul

apabila IMAN & AMAL manusia dah jadi betul

maka secara automatik akan dapat membentuk sebuah negara ISLAM.


Oleh itu, dijemput datang ke MASJID JAME' SRI PETALING setiap
SABTU MALAM MINGGU bermula ASAR-ISYA'
untuk mendengar penjelasan ini.
satu perkara :

Usaha TABLIGH adalah usaha bagaimana saya dapat ISLAHkan diri saya tanpa melihat
keburukan orang lain dan dalam waktu yang sama saya juga dipertanggungjawabkan agar MENYERU @ TABLIGH manusia kepada ALLAH & RASUL
agar fikir risau NABI S.A.W bagaimana semua umat ini dapat diselamatkan dari
AZAB NERAKA ALLAH, maka itulah fikir kita sebagai UMAT BAGINDA S.A.W.

Bila kita meninggalkan USAHA inilah, maka hari ini akhlak & seluruh umat ISLAM sudah jauh dari kehidupan NABI S.A.W dan natijahnya....ALLAH SWT menghantar pelbagai azab untuk semua umat ISLAM dan bantuan untuk kita tidak lagi sama bagaimana
ALLAH SWT membantu PARA SAHABAT R.ANHUM dalam BADAR, UHUD, TABUK dsbnya.
Bukan para SAHABAT R.ANHUM menang perang kerana mereka terorist,
tapi hanya dengan perantaraan IMAN & AMAL, maka dalam

BADAR hanya 313 UMAT ISLAM dapat bantuan ALLAH SWT dengan 5,000malaikat
dilangit menumbangkan si kafirun....fikir2 & renungkan.

Caranya : Pertama sekali untuk menarik bantuan ALLAH SWT
seluruh UMAT ISLAM wajib menjaga 5 waktu solat di awal waktu
(berjemaah di masjid di awal waktu bagi lelaki)
(di awal waktu di rumah bagi wanita)
(menutup aurat sempurna bagi wanita mukmin)
(banyakkan bacaan al-quran)
(amalkan sunnah2 NABI S.A.W seperti janggut, miswak dll)
MAKA NUSRAH & BANTUAN ALLAH YANG GHAIB AKAN DATANG KEPADA UMAT INI SEPERTI MANA BANTUAN GHAIB ALLAH SWT kepada PARA SAHABAT R.ANHUM.

INSYA-ALLAH....

No comments: