Saturday 19 December 2009

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN KU SAYANG.....


TAHNIAH NEGERI SEMBILAN
KERANA TELAH MEMBENARKAN
MENGANJURKAN IJTIMA' DUNIA
PADA BULAN JULAI 2009 YANG LALU
SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI PARA PEMIMPIN
MALAYSIA KERANA MENGGALAKKAN
USAHA KENABIAN DITERUSKAN
DI NEGARA KITA INI....
DAKWAH ILLALLAH ADALAH MAKSUD HIDUP.
TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA & NEGERI SEMBILAN
NEGERI KELAHIRANKU.
ALHAMDULILLAH.....terlebih dahulu wajib kita semua tingkatkan kesyukuran kpd ALLAH SWT kerana dengan TAUFIQ & HIDAYAH-NYA telah mengizinkan kita masih lagi dapat bertemu dalam lembaran blogspot saya untuk kita bermuzakarah tentang perkara yang menjadi masalah UMAT ISLAM hari ini. Bukanlah bermakna saya sebagai seorang ULAMA atau USTAZ untuk memberi pengajaran, jauh sekali, namun ia hanya sebagai ingat-mengingatkan kerana ini adalah satu perintah dari ROBB SEKALIAN ALAM (ALLAH SWT)...dalam surah al-asr (watawa saubissobri, watawa saubilhaq).
Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT, sebagai seorang hambaNYA yang sangat2 daif ini, di ruangan ini saya ingin membawa satu fikir kepada tuan2, terutama untuk diri saya, agar apa yang saya "highlight" di sini dapat kita semua jadikan iktibar dan dapat kita realisasikan impian SAYYIDUL MURSALIN agar UMAT BAGINDA DAPAT DISATUKAN dengan kalimah LAAILAA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULLAH.....
Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT...tuan-tuan sedia maklum dan lebih arif dari saya....bahawa ALLAH SWT MAHA PENCIPTA 7 PETALA LANGIT & 7 PETALA BUMI...menjadikan alam ini semata-mata untuk menghantar AGAMA-NYA yang telah disempurna pada HAJI WIDAQ DI ARAFAH dan ALHAMDULILLAH berkat pengorbanan BAGINDA S.A.W dengan menghadapi pelbagai ujian & kesusahan bersama PARA SAHABAT R.ANHUM AJMA'IN selama 13tahun di MAKKAH AL-MUQARRAMAH & selama 10tahun di MADINAH AL-MUNAWWARAH dan mereka telah bertebaran ke seluruh alam untuk sebarkan kalimah LAAILAA HA ILLALLAH ini dengan membawa FIKIR RISAU bagaimana seluruh umat ini dapat mati dengan KALIMAH YANG SUCI di akhir qalam dan dapat di selamatkan dari AZAB NERAKA yang telah diciptakan oleh ALLAH SWT.
Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT....kita semua sedia maklum bahawa ALLAH SWT DENGAN SIFAT-NYA YANG MAHA ADIL TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN SEJAK ALAM INI DIJADIKAN,
"IAITU - KEJAYAAN MANUSIA ADALAH DALAM MENGAMALKAN AGAMA YANG SEMPURNA"....maksudnya kata ulama' : "BAGAIMANA SAYA DAN SEMUA MANUSIA DAN JIN DAPAT TA'AT SEGALA PERINTAH2 ALLAH DENGAN CARA NABI S.A.W, itulah maksud kita semua dihantar atas muka bumi ini sehingga ke satu tempoh @ tarikh yang telah ditetapkan oleh NYA dan apabila tiba di alam akhirat YANG KEKAL, maka kita semua akan dipersoalkan tentang apa yang telah kita USAHAKAN....
Jadi....tuan2 yang dimuliakan oleh ALLAH SWT, makanya di sini, setelah melihat keadaan umat di dalam NERAKA ketika dijemput oleh ALLAH SWT KETIKA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ, NABI S.A.W berasa amat dukacita dan bimbang yang teramat sangat akan UMAT BAGINDA S.A.W...lalu bermulalah satu usaha bagaimana NABI S.A.W dan PARA SAHABAT R.ANHUM AJMA'IN mengambil tanggungjawab ini untuk menyebarkan AGAMA ALLAH SWT dengan bertebaran ke seluruh alam dengan mengorbankan seluruh kehidupan dunia mereka semata-mata untuk menylamatkan umat dari azab-azab ALLAH SWT. Dan tanggungjawab menyebarkan AGAMA ALLAH ini sekarang terletak di bahu2 kita semua UMAT ISLAM seluruh dunia krn melalui KITAB SUCI AL-QURAN, ALLAH SWT berfirman
"KAMU, UMAT MUHAMMAD ADALAH SEBAIK-BAIK UMAT KRN KAMU MENGAJAK MANUSIA BERBUAT KEBAIKAN DAN MENCEGAH DARI KEMUNGKARAN DAN KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH SWT."
(ini adalah merupakan perintah ALLAH SWT kepada kita seluruh UMAT ISLAM yang mengaku sebagai UMAT MUHAMMAD, bukan untuk ulama'2 sahaja)

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh ALLAH SWT, konsep perjuangan NABI S.A.W bukanlah untuk merebut mana-mana kuasa ROME & PASRI ketika itu, atau ingin menerima pangkat kebesaran, atau merebut tanah, atau merebut harta mana-mana kerajaan dunia, atau merebut jawatankuasa masjid2 & surau, akan tetapi mereka berjuang untuk sebarkan KALIMAH ALLAH SWT dan pastikan semua manusia dapat mengamalkan kehidupan seharian dengan cara yang ALLAH SWT REDHO. Inilah matlamat perjuangan NABI S.A.W tanpa meruntuhkan mana-mana kerajaan dunia sekalipun...asalkan mereka semua BERIMAN KEPADA ALLAH SWT......dan bawa kehidupan cara YANG ALLAH SWT kehendaki iaitu amalkan segala SUNNAH2 NABI S.A.W sebagai amalan dalam kehidupan seharian seperti MUAMALAT, MUASYARAT, AKHLAKIAT & IMANIAT, dalam masa yang sama mereka boleh terus kekal dalam tempat mereka masing2 tidak kira mereka pemimpin, raja, perdana menteri, atau sesiapa sahaja. Kecuali jika mereka menolak, maka itu bukan urusan NABI S.A.W & PARA SAHABAT R.ANHUM AJMA'IN yang menentang, tetapi ia akan menerima azab dari ALLAH SWT....kerana apabila kita mendakwahkan KALIMAH ALLAH SWT kepada manusia, sekiranya mereka menerima, mereka adalah saudara kita maka ALLAH SWT bersama mereka, namun jika mereka menentang, bererti mereka menentang ALLAH SWT seperti mana qarun laknatullah, namrud laknatullah & fir'aun laknatullah yang telah dibinasakan oleh ALLAH SWT hanya dengan tentera2 ALLAH SWT yang berupa air & nyamuk sahaja. ALLAHUAKBAR....BETAPA HEBATNYA KEKUASAAN ALLAH SWT.

Apa yang peliknya di sini, saya melihat perjuangan satu pihak seolah2 menggunakan ISLAM sebagai topeng, mereka telah mencemarkan kesucian ISLAM dengan mengadakan ceramah2 AGAMA dan menjadikan RUMAH2 ALLAH SWT (masjid & surau) untuk menegakkan ideologi mereka. Mereka seakan takut pada bayang2 sendiri. Dan cara pendekatan dakwah mereka bukanlah mengikut cara NABI S.A.W. Mereka lebih suka berceramah "membuka, mendedahkan keaiban pemimpin2 ISLAM, mereka suka menghukum manusia suka-suka hati....mereka suka memecah belahkan UMAT ISLAM dengan membawa perasaan benci sesama ISLAM....dalam masjid beri ceramah kutuk-mengutuk sesama makhluk....INI BUKAN CARA DAKWAH NABI S.A.W dan PARA SAHABAT R.ANHUM AJMA'IN.
NABI S.A.W hanya mendakwahkan manusia kepada KEBESARAN2 ALLAH SWT, KEHEBATAN ALLAH SWT, JANJI2 ALLAH SWT....TENTANG KEHIDUPAN AKHIRAT...TENTANG AZAB2 KUBUR, AZAB NERAKA & NIKMAT2 SYURGA supaya manusia ghairah mahu dapakan REDHO ALLAH SWT dan rindu nak masuk SYURGA......tidak pernah pun NABI S.A.W memburuk-burukkan fir'aun laknatullah walaupun jelas dalam AL-QURAN bahawa fir'aun laknatullah itu menentang ALLAH SWT...cuma sekadar beri peringatan yang tidak melampaui batas....kerana ALLAH SWT pun mengutuk orang yang mengutuk2 syaitan laknatullah....tapi ALLAH SWT perintahkan agar kita berdoa supaya berlindung dari kejahatan syaitan laknatullah. Itu sahaja.
Tuan-tuan yang mulia.....
Oleh yang demikian, tuan-tuan diberikan akal fikiran untuk berfikir dan dapat membezakan yang mana intan & yang mana kaca. Jadi, kembalilah kita kepada cara ALLAH SWT & RASUL-NYA...sebagai menjalani kehidupan kita ini.
Jangan jadikan AGAMA ALLAH SWT sebagai sumber untuk meraih kemenangan politik & kedudukan atau wang ringgit...tapi gunakanlah AGAMA untuk mendapat keredhaan ALLAH SWT......bukan jadikan AGAMA sebagai satu landasan menimbulkan permusuhan sesama UMAT ISLAM & umat2 yang lain, ikutlah cara NABI S.A.W jadikanlah AGAMA ISLAM sebagai satu akhlak supaya mereka yang jauh dari AGAMA ALLAH dapat hidayah dan ta'at segala perintah ALLAH SWT dan berdoa agar mereka juga dapat masuk syurga ALLAH SWT.....inilah impian dan matlamat NABI S.A.W (walaupun BAGINDA S.A.W korbankan nikmat kehidupan dunianya, asalkan umatnya dapat AGAMA). Bukannya berdoa kehancuran untuk umat atau menghukum "kafir" pada seseorang, kerana HUKUMAN biarlah ALLAH SWT yang tentukan....kita semua sama...lahir dari saluran kencing mak kita dan mati pula semua akan masuk kubur dalam keadaan yang sama. YANG MAHA HEBAT, YANG MAHA SEMPURNA, YANG MAHA KUASA, YANG MAHA AGUNG HANYA TERLETAK PADA ALLAH SWT......kita semua hanya hambaNYA sahaja......
INSYA-ALLAH.....selalu2lah berkunjung ke MASJID JAME' SRI PETALING setiap SABTU bermula asar-isya' untuk mendengar penjelasan ULAMA' MURSYID dan untuk kita ambil tanggungjawab sebagai UMAT MUHAMMAD S.A.W supaya tegakkan AGAMA ISLAM dengan hikmah & kasih sayang.......bukan dengan menghukum sesuka hati, kunci2 pintu masjid, merebut jawatan dalam masjid, kutuk2 pemimpin (hatta kafir sekalipun krn mereka pun makhluk ALLAH SWT)
dj irwan syah
019-3090383 / 012-2244756

2 comments:

zarch said...

Jazakallah DJ Irwan atas usaha ingat-mengingati ni, semoga Allah merahmati tuan. Salam maal hijrah saya ucapkan.

Anonymous said...

alhamdulillah...semuanya dengan kehendak ALLAH SWT yang mengarahkan @ memerintahkan agar semua umat MUHAMMAD S.A.W ada sifat TABLIGH @ MENYERU @ INGAT-MENGINGATKAN antara satu sama lain atas dasar kasih sayang dan menghormati serta BERSANGKA BAIK dengan semua orang supaya kita semua dipandang dalam RAHMAT ALLAH SWT...ALLAH SWT menghantar NABI2 & RASUL2 atas sebab untuk menyinari kehidupan umat agar dapat petunjuk ke jalan yg ALLAH SWT REDHA bukan untuk menzalimi manusia...kecuali mereka yang enggan mengikutiNYA akan dicampakkan ke lubang2 NERAKA JAHANNAM atas sebab kedegilan mereka di dunia menundukkan hawa nafsu....mudah sahaja. kita seru sahaja manusia agar taat segala perintah ALLAH SWT mengikuti jejak RASULULLAH S.A.W krn ini adalah perintah DIA sebagai ROBB kita....semoga kita semua diberikan TAUFIQ & HIDAYAH untuk memahami, mengamalkan & menyampaikan...AMIN....JAZAKALLAH untuk anda juga krn sudi mengirimkan pesanan @ comment ini.....salam dj irwan syah 012-2244756