Thursday 7 January 2010

ADAB & TUJUAN KELUAR DI JALAN ALLAH SWT



NAHMADUHU WANUSOLLI ‘ALA RASULIHILKARIM

Segala puji bagi ALLAH subhanahuwataala, selawat dan salam kepada junjungan Besar NABI MUHAMMAD S.A.W

Saya telah diarah oleh guru saya Sohibul Fdhilah Hazrat Maulana Muhammad Ilyas rah. Supaya menulis secara ringkas bebarapa ayat dan hadith tentang kepentingan menyebarkan agama untuk diutarakan kepada pembaca. Oleh kerana kesukaan insan yang mulia seperti beliau telah menjadi perantaraan keselamatan dan asbab pengampunan dosa-dosa orang yang banyak kelamahan seperti saya ini maka saya mempersembahkan tulisan yang dihimpun dalam keadaan tergesa-gesa ini. Saya ingin menarik perhatian madrasah, pertubuhan-pertubuhan Islam, sekolah-sekolah agama dan setiap kerajaan ISLAM malah kepada setiap orang Islam bahawa sekarang ini kemunduran umat ISLAM bertambah hebat hari demi hari. Tentangan-tentangan terhadap ISLAMbukan sahaja datang daripada orang kafir malah serangan turut datang daripada orang ISLAM sendiri. Meninggalkan perintah-perintah Allah subhanahu wataala yang fardhu dan yang wajib kian berlaku di kalangan setiap masyarakat Islam. Tidak perlu kita sebut tentang peninggalan solah dan puasa sedangkan ratusan ribu umat Islam terlibat dengan perbuatan kufur dan syirik yang nyata. Yang lebih mendukacitakan ialah mereka tidak pun menganggap bahawa itu adalah kufur dan syirik. Tersebarnya perbuatan-perbuatan yang haram, keji dan kotor begitu terang dan nyata. Sikap tidak ambil kisah terhadap agama, meringan-ringan dan mengejek-ngejek amalan agama yang menjadi-jadi sehingga perkara ini telah diketahui umum. Oleh itu, sifat mengasingkan diri daripada orang ramai yang berlaku di kalangan para ulama dan ustaz-ustaz semakin ketara. Kesan yang pasti daripada perbuatan ini ialah orang ramai semakin jauh daripada agama dan amalan agama hari demi hari. Orang awam merasakan mereka tidak bersalah dalam hal ini kerana tiada orang yang memberitahu mereka. Ulama juga merasakan yang mereka pun tidak bersalah kerana tidak ada lagi orang yang ingin mendengar ajaran mereka. Namun demikian, di sisi Allah Subhanahu Wataala alasan orang awam, iaitu tiada orang yang ingin memberiahu mereka, tidak boleh diterima. Sebenarnya adalah menjadi kewajipan setiap orang untuk mengambil tahu dan memastikan setiap satu urusan agama. Alasan tidak mengetahui undang-undang tidak akan diambil kira oleh mana-mana kerajaan dalam mengadii sebarang kesalahan maka bagaimana mungkin keadaan ini boleh diterima di sisi Ahkamul-Hakimin? Bahkan keadaan ini menepati pendapat bahawa “dosa mengada-adakan alasan lebih besar daripada dosa kesalahan itu sendiri”.

Demikian juga alasan para ulama bahawa tiada orang yang ingin mendengar ajaran mereka adalah tidak munasabah. Salafussalihin yang kita semua berbangga kerana menjadi pengganti mereka telah banyak menanggung kesusahan demi untuk menyebarkan agama. Tidakkah mereka telah dibaling dengan batu? Tidakkah mereka dimaki hamun dan tidakkah mereka menanggung segala musibah? Walaupun, setelah menanggung segala bentuk kesusahan, mereka tetap menyampaikan agama kepada orang ramai kerana menyedari tanggungjawab mereka untuk menyebarkan agama. Walaupun menghadapi sekeras-keras halangan, mereka tetap menyebarkan Islam dan hukum-ahkam Islam dengan penuh kasih-sayang.

Pada umumnya orang ISLAM membataskan tugas dakwah hanya kepada para ulama sahaja. Sedangkan, anggapan ini tidak betul. Setiap orang yang melihat sebarang kemungkaran dilakukan dihadapannya dan dia berkuasa mengubahnya ataupun dia mampu mewujudkan asbab untuk mengubahnya maka wajib bagi dia mengubah kemungkaran tersebut. Sekiranya pendapat yang mengatakan bahawa kerja tabligh khusus untuk ulamak dianggap benar sekalipun, namun apabila tanggungjawab ini tidak disempurnakan, sama ada kerana kecuaian atau sebarang keuzuran yang lain ataupun usaha mereka tidak mencukupi untuk menyempurnakan tanggungjawab itu maka kewajipan tersebut kembali kepada setiap orang Islam. Betap kuatnya penekanan yang diberikan oleh al-Quran dan al-Hadith terhadap tabligh serta amr-bil-ma’aruf dan nahi-‘anil-mungkar akan terjelas nanti dalam bab-bab yang akan datang. Dalam keadaan sekarang ini,untuk meletakkan tanggungjawab tersebut hanya kepada para ulamak atau hanya menuding jari ka atas kecuaian mereka tidak mungkin dapat melepaskan tanggungjawab sesiapa pun. Oleh itu, saya merayu secara umum kepada setiap orangISLAM sekarang ini supaya sedikit sebanyak mengambil bahagian dalam usaha tabligh dan lapangkanlah masa sebanyak mungkin untuk memelihara dan meyebarkan agama. Seorang penyair parsi bermadah:

Anggaplah masa yang ada sebagai peluang keemasan kerana tiada sesiaapa pun yang tahu akan kesudahannya sendiri.

Penting juga dimaklumi bahawa melakukan kerja tabligh atau amr-bil-ma’aruf dan nahi-‘anil-mungkar tidaklah perlu menjadi seorang yang alim sempurna terlebih dahulu. Setiap orang yang mengetahui apa-apa jua tentang agama hendaklah dia menyampaikan kepada orang lain. Apabila dihadapannya berlaku sebarang perkara yang dilarang oleh syarak, sedangkan dia mampu mencegah maka wajib ke atasnya untuk mencegah perkara tersebut. Risalah ini dibahagikan kepada tujuh bab yang ringkas.

Bab 1. Ayat-ayat al-Quran tentang tabligh

Bab 2. Hadith-hadith tentang tabligh

Bab 3. Peringatan untuk mengislahkan diri

Bab 4. Kepentingan memuliakan orang Islam.

Bab 5. Kepentingan ikhlas.

Bab 6. Kepentingan memuliakan alim ulama.

Bab 7. Mengenali dan mendampingi ahli haq.

MUHAMMAD ZAKARIYYA KANDHALAVI

MAZAHIR ‘ULUM

SAHARANPUR


ADAB2 KETIKA BERADA DIJALAN ALLAH SWT

4 PERKARA WAJIB DIBANYAKKAN :

1) BANYAKKAN DAKWAH KEBESARAN ALLAH SWT & AKHIRAT

2) BANYAKKAN TAKLIM WAL TAKLUM (BELAJAR & MENGAJAR)

3) BANYAKKAN IBADAT

4) BANYAKKAN KHIDMAT


4 PERKARA WAJIB DIKURANGKAN :

1) KURANGKAN CAKAP YG SIA-SIA (KEBESARAN DUNIA & TIPU DAYA DUNIA)

2) KURANGKAN MASA DI LUAR MASJID

3) KURANGKAN MASA MAKAN & MINUM

4) KURANGKAN MASA REHAT & TIDUR


4 PERKARA WABIJ DITINGGALKAN :

1) JANGAN HARAP2 KEPADA MAKHLUK

2) JANGAN MEMINTA-MINTA DARI MAKHLUK

3) JANGAN GUNA BARANG TANPA IZIN

4) JANGAN MEMBAZIR


INSYA-ALLAH...JIKA MAHU FAHAM, ANDA PERLU AZAM UNTUK KELUAR DI JALAN ALLAH SWT UTK KITA SEMUA BELAJAR2 SAMBUNG USAHA NUBUWAH INI SEBAGAI PLATFORM UTK KITA MENEMPATKAN DIRI KITA SEBAGAI "UMAT TERBAIK, UMAT MUHAMMAD KRN SAMBUNG USAHA NABI S.A.W"...KALAU UMAT ISLAM TAK BANGKIT SAMBUNG SEMULA KERJA NUBUWAH INI, WALAU BANYAK ILMUAN, RAMAI WALI2, NAMUN ALLAH SWT TETAP TIDAK PANDANG KEPADA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA HARI INI...TETAP AKAN DILAKNAT KRN TINGGAL KERJA NABI S.A.W.......

3 comments:

hainur hapis said...

Alhamdulillah

Semoga Allah SWT memajukan abg dalam usaha agama

Semoga di berkati

http://blogkarkun.blogspot.com/

http://karkun.forumotion.com/


Assalamualaikum

Admin said...

kata Maulana Ahmad Lat dalam ijtimak Malaysia... bukan satu kali. bukan dua kali. bukan ratusan kali. bukan ribuan kali. bukan jutaan kali. bahkan boleh bersumpah dengan nama Allah.. tidak ada jalan hidayah melainkan cara yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW.

~saja nak menyibuk~

Anonymous said...

alhamdulillah bertemu dan berpisah kita kerana ALLAH SWT akan menjadi saksi di padang masyar kelak...tq for the comment.....
semoga ALLAH SWT memuliakan tuan2 semua AMINNNNN