Sunday 25 July 2010

KENAPA KITA PERLU ISTIQOMAH DGN HABBATUS SAUDA?


KENAPA KITA PERLU ISTIQOMAH DGN
HABBATUS SAUDA?

Assaalaamu'laikum.....salam buat semua pelayar http://www.djirwansyah.blogspot.com.....
Saya mendoakan agar anda semua sentiasa dalam kesejahteraan dan kebaikan jasad & rohani untuk menerukan kehidupan ini selagi belum bergelar "arwah @ jenazah".

Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda pagi ini ialah, KENAPA KITA HARUS ISTIQOMAH dengan HABBATUS SAUDA? Anda semua sedia maklum bahawa HABBATUS SAUDA ini adalah pemakanan @ satu kaedah perubatan yang telah diiktirafkan oleh ALLAH SWT kepada KEKASIH-NYA (MUHAMMAD S.A.W) sebagai penawar. Dan kita sebagai Umat Islam @ Umat Nabi S.A.W wajib yaqin dengan setiap sabdaan BAGINDA S.A.W dan ia merupakan satu perkara yang melibatkan aqidah setiap Umat Muhammad. Hari ini kita melaung2kan SUNNAH....SUNNAH....dan SUNNAH itu bukan sekadar SOLAT BERJEMAAH sahaja, ia melibatkan keseluruhan kehidupan suci murni BAGINDA S.A.W sehingga hatta cara kita masuk tandas pun jika melibatkan cara SUNNAH NABI S.A.W, ia dikiran sebagai pahala di sisi ALLAH SWT....krn setiap perbuatan dan cara kehidupan NABI S.A.W adalah cara yang ALLAH SWT perintahkan...bukan NABI S.A.W suka2 reka ikut cara nafsu BAGINDA S.A.W.

Oleh yang demikian, begitu jugalah apa sahaja yang NABI S.A.W pernah lakukan sepanjang hayat BAGINDA S.A.W, ia merupakan satu corak kehidupan yang amat menyukakan ALLAH SWT.... sehinggakan NABI S.A.W pernah bersabda, mafhumnya, "barangsiapa yang menghidupkan satu SUNNAH ku di zaman fasya' & mungkar (akhir zaman ketika Umat sedunia memperlekehkan SUNNAH, maka ganjaran bagi mereka adalah seumpama 100 pahala mati syahid, mereka ini untuk menghidupkan SUNNAH ku umpama menggenggam bara api, jika mereka dapat amalkan, maka genggamlah walaupun terpaksa digigit dengan gigi geraham" Ini untuk menunjukkan kepada kita sebagai Umat NABI S.A.W betapa MAHAL & BERNILAINYA SETIAP AMALAN SUNNAH NABI S.A.W, mungkin di dunia ini kita tak mampu nampak akan nilainya, namun apabila kita semua dah kemabli di hadapan ALLAH SWT ketika di padang masyar, maka barulah kita semua akan menangis dan menyesal kerana barulah nampak akan kejayaan SUNNAH di sisi ALLAH SWT untuk melayakkan kita mendapat syafa'at NABI S.A.W.

Maka yang demikian, walaupun sekadar ubat @ penawar yang macam lekeh, AS SAUDA @ HABBATUS SAUDA bukan sekadar pemakanan "suppliment" untuk di makan mengharapkan sembuh, ia melibatkan KEYAQINAN kita dengan PERINTAH ALLAH SWT & SUNNAH RASULULLAH S.A.W iaitu
"tetaplah kamu dengan HABBATUS SAUDA, kerana padanya ada penawar bagi segala penyakit kecuali al-sam (maut)"

- hadis sahih bukhari & muslim -


dJ irwansyah
019-3090 383
http://www.assauda01.blogspot.com


No comments: