Thursday 22 July 2010

KENAPA SAYA MEMILIH PERNIAGAAN AS SAUDA? :


ALHAMDULILLAH, terpanggil lagi saya untuk bertemu anda dalam blogspot saya ini di http://www.djirwansyah.blogspot.com.
Dengan sifat yang MAHA PEMURAHNYA ALLAH SWT, maka diizinkan lagi saya mendapat ilham untuk berkongsi bersama anda melalui tajuk MENGAPA SAYA MEMILIH PERNIAGAAN AS SAUDA. Pada hal, banyak produk2 di pasaran yang hebat2 dan popular dipaparkan di dada akhbar dan dipromosikan di radio serta televisyen.

Tuan2 dan puan2. AS SAUDA adalah satu produk yang telah dihasilkan melalui bahan asalnya yang bernama HABBATUS SAUDA. Memandangkan saya ni seorang yang sangat cerewet dalam membuat apa sahaja keputusan sesuatu kerja, maka saya ni amat cerewet dalam memilih qualiti.

Sebagai contoh, dulu ketika saya mula2 mahu ceburi bidang penyiaran, saya memilih radio KLfm 97.2 untuk memulakan tapak saya dalam dunia dJ (juruhebah). Kerana pada saya Klfm adalah satu stesen radio yang ada tarikan yang tersendiri walaupun banyak stesen radio swasta yang bersaing. Jadi saya memilih yang terbaik. Dan semasa bertugas sebagai dJ radio Klfm, saya telah membuat keputusan untuk menerbitkan RANCANGAN ISTIMEWA iaitu NOVEL & KARYA walaupun pada pandangan umum macam tiada sambutan, namun ALHAMDULILLAH saya dapat mewujudkan pendengar di kalangan pendengar yang berilmu & waras. walaupun ada yang kata rancangan puisi & sastera tak popular di radio, tapi pada saya ia ada qualiti dari segi persembahan rancangan kerana ia adalah satu rancangan ilmiah. Bukan popular itu bagus, tapi qualiti yang dicari.

Samalah juga dalam memilih produk untuk perniagaan. Saya bukan memlih produk yang hebat dipaparkan dalam dada akhbar, tapi saya cari Produk Yang ALLAH SWT & NABI S.A.W dah 'iktiraf sebagai penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Populariti bukan bermakna bagus, tapi qualiti yang diperlukan. Oleh yang demikian, ALLAH SWT YANG MAHA PENCIPTA telah anugerahkan satu tumbuhan sebagai satu SUNNAH kepada KEKASIH-NYA, MUHAMMAD S.A.W untuk dijadikan penawar segala penyalit kecuali maut, pada saya apalagi yang saya nak ragu-ragu dengan sabdaan NABI S.A.W? Tidak yaqin dengan MUHAMMAD S.A.W maka gugurlah syahadah MUHAMMADURASULULLAH, tidak yaqin dengan SUNNAH bermakna membenci & tidak yaqin kepada ALLAH SWT kerana setiap sabdaan NABI S.A.W ia adalah wahyu yang datang dari ALLAH SWT. Maka saya gunakan Produk AS SAUDA ini dengan penuh yaqin sabdaan KEKASIH ALLAH SWT dan saya rasa seronok dengan perniagaan ini bukan untuk saya jadi kaya, namun untuk saya rasa tanggungjawab menyampaikan KHASIAT AS SAUDA kepada mereka yang mendakwa hati dah BERIMAN kepada ALLAH SWT & RASUL-NYA.

Maka di sini, saya mengajak anda semua, cubalah sertai AS SAUDA ini dengan penuh keyaqinan KEPADA ALLAH SWT & SABDAAN RASUL-NYA (MUHAMMAD S.A.W).

Boleh hubungi saya di talian : 019-3090 383
http://www.assauda01.blogspot.com

No comments: